CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

hikmah disebalik semua tu........

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja...tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.Hari esokpun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita.gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA,dan meninggalkan laranganNYA..PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

teruskanlah kau begitu!!

pernahkah kau bicara tapi tak didengar
tak dianggap sama sekali
pernahkah kau tak salah tapi disalahkan
tak diberi kesempatan

reff:
kuhidup dengan siapa ku tak tahu kau siapa
kau kekasih ku tapi orang lain bagiku
kau dengan dirimu saja kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah kau begitu

kau tak butuh diriku aku patung bagimu
cinta bukan kebutuhanmu

back to reff

kau dengan dirimu saja kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah kau begitu

Saturday, March 26, 2011

mencari cinta yang sempurna?

dalam mencari satu suratan kehidupan pasti kite akan ketemui detik kekecewaan akan suatu perkara ..Hal cinta amat menyedihkan pabila apa yang diimpikan tidak dicapai oleh kite ..kadang sering saja cinta yang hadir musnah diseparuh jalan ..dan kadang juga sering dipermainkan dan dikecewakan...


dan dalam menghadapi hari mendatang seolah tiada lagi nilai yang terbina ..dikala itu hati  kite asyik menyalahkan orang lain atas kesakitan yang melanda ..menyalahkan   semua masa  yang terjadi..menyalahkan sesuatu yang tiada puncanya..




dan selalu jua kite akan menjdi takut untuk sehingga tiada lagi rase percaya kepada cinta baru yang akan hadir
pada masa akan datang..terase takut dan amat takut..takut dikecewakan..takut dipermainkan..dan takut segalanya...




cinta datang kepada orang yang masih harapan,walaupun mereka telah dikecewakan ..kepada mereka yang masih percaya ,walaupun mereka telah dikhianati ..kepada yang masih ingin mencintai..dan kepada yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan lagi untuk mempercayainya,...




dalam perjalanan hidup kadang kite sering merase kecewa .. tapi masih ade   setitik cahaya dalam menerangi dan merenungi kebenaran..cinta cume satu bentuk perasaan yang wujud dan hadir dalam diri seseorg..bagiku
cinta yang tidak semprna bukan la cerita dalam mencari sesuatu dalam hidup kite..kite yang hanya akan mencorakkannya...note dalam sebuah buku...^_^

ErMM!!!! Biar lah Aku Pergi!!!!!!!!

Jika titisan hujan membasahi jendela mu...itu tanda airmata ku menitis merindui mu...jika ada darah yqng menitis dari jari mu...itu tnda sesuatu yang buruk terjadi pada diriku...jika kau dapat melihat aku di dalam tidur mu...aku igin mengucapkqn selamat malam pada mu...jika kau tersedar dari tidur mu terdengqr Al-Quran sayup2 di subuh hari...itu tanda aku telah telah pergi sebelum mu...jika kau menangis sewaktu melihat aku diselubungi dengan kain putih...maafkan aku kerana tak sempat bertemu dan mu lagi....dan ku harapkan kenangan kite bersame akan mengingati mu pada ku.........  ErMM!!!

Friday, March 25, 2011

Meraung Artist: Newboyz

faverite song,nice,sad bile dengr lagu dia lirik dia mg sedih!!
Menggigil tubuh ini
Melihat kau bersamanya
Tergamam aku tak terkata
Meraung di jiwa


Puas ku pertahankan
Cinta kita sejak dulu
Tapi sayang
Sikit pun tidak
Menghargai cintaku


Sia-sia saja
Pengorbanan dan kesetiaanku ini
Ku sangka kau permata
Rupanya duri paling berbisa


Ku pasrah dan berdoa
Semoga tabah jiwaku
Oh... tetapi bagaimana
Nak ku lawan
Jiwa yang siksa


Ke mana arah hendak ku tuju
Bila hatiku rindu padamu
Hendakku cari tapi tak guna
Kau bahagia dengan si dia


Dikamar sepi aku termenung
Terbayang bayang kenangan kita
Tidak ku sangka kau
Tergamak pergi
Saat ku masih perlukan mu


Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...


Meraung di jiwa
Apalah daya kiranya
Orang dah benci


Ah...ah...ah...
Ah...ah...ah...
Meraung di jiwa
Tapi tak pernah ku benci
Dirimu sayang

mujahadah seorang insan...

Bila saat aku duduk dalam keadaan sunyi dan gelap,
mataku terkelip-kelip lagi ,hatiku berdetik lagi ,
mengapa kadang aku tak mampu menangis kerna dosa,
hatiku keraskah sehingga tak dapat untuk menangis,ku
cube menangis dengan rasa kesal,kenapa kadg ku tak
mampu menangis ketika ku sujud kepdmu,???ya Allah
lembutkanlah hatiku ini atau mohon hati ini diberi 'hati' yang 
lain,  hati yang ada ini bagaikan sudah hampir mati,ya Allah...


APA ADA PADA HATI..MARI SAMA2 CUBE BERSIHKAN HATI:))

Ramai di antara kita gagal mengawal diri. Bertindak mengikut hati tanpa di selangi dengan pertimbangan akal. Menjadikan nafsu serakah sebagai pembimbing.




Sabda Rasulullah SAW:


" Sesungguhnya di dalam diri manusia itu terdapat seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh manusia itu, Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah bahawa daging itu ialah hati"  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Di antara proses latihan atau proses pengubatan dan pemulihan hati yang di sarankan oleh ulama ialah melatih diri untuk sentiasa menyukai kepada kebaikan. Ini dapat membimbing mata hati kita ke arah rasa takwa dan menjauhkan diri dari rasa kemahuan maksiat.


" Apabila seseorang itu melakukan maksiat, hatinya akan ditimpa titik hitam"  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)






Hati yang baik akan bersih dari segala hal-hal kekotoran. Hati yang bersih akan di perolehi jika menjauhi perkara-perkara mazmumah dan juga larangan Allah. Sama-sama kita jaga hati kita yang tersedia dengan segala kemaksiatan dan kemungkaran. Semoga Allah melindungi dan mempermudahkan niat suci kita ini.


Rahsia Dan Nikmat Di Sebalik Erti Kesabaran...

Sabar adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah. Malah segala ibadat itu didirikan di atas sifat sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menghadapi rintangan dan memerlukan pengorbanan.

Dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

<span>Tujuan sabar</span>

Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram agar tercapai kesempurnaan dan matlamatnya. Jika tidak bersabar, pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Antara firman Allah Taala mafhumnya: "Wahai oranag - orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara - perkara yang berkebajikan ), dan kuatkanlah kesabaran kamu ( lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah - daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).(Surah Ali Imran3:200)

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar terhindar daripada jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib K.A.W pernah bermadah, maksudnya "Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa".

Dalam konteks menghadapi ujian (qadha') atau musibah, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya menanam sifat sabar dalam dirinya, sekiranya dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat dan hikmah musibah itu serta sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Ta'ala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh. inilah tindakan wajar orang yang bersabar. kita tidak seharusnya marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu syaitan, kerana kita tidak tahu hikmat disebalik takdir itu. Misalnya pesakit adalah salah satu daripada jutaan ujian daripada Allah.

Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada si pesakit. Maka sekiranya penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Kita tidak tahu apakah hikmah dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan oleh Allah.

Justeru itu, kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan dan penuh kesabaran. Kaedah terbaik ialah berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai hamba Allah.

Di dalam mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian.

Bagaimana cara untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula adalah dengan sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebaikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Sebagaiman firman Allah dalam surah al-Asr, ada menyebutkan agar kita saling ingat-mengingati akan kebenaran dengan kesabaran

Secara keseluruhannya, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi yang paling mujarrab dan keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan.

Wallahu a'lam.


15 Tips mencari cinta..emm..copy jew..

1. Jangan jadi playboy/playgirl dan hindari dari menjadi playboy/playgirl
2. Jika tidak suka atau rasa biasa saja, jangan couple terus dengan orang itu, kenali dulu baik-baik
3. Katakan cinta jika kita yakin dia adalah pasangan hidup kita
4. Cinta dan nafsu berahi adalah dua hal yang berbeza (no free sex)
5. Carilah orang yang baik, setia, jujur dan cinta kepada kita
6. Jangan bercinta/menikah sebelum dewasa (21 tahun ke atas)
7. Kejarlah cinta sampai ke negeri Cina, berjuanglah demi cinta
8. Berlaku adil ketika cinta dengan orang-orang di sekitar kita
9. Cinta tidak harus memiliki hidup kita. Kita yang memilikinya. Lupakan dan cuba lagi bila gagal
10. Bina cinta yang ada hingga nafas terakhir selamanya
11. Jangan cuba sakiti orang yang kita cintai dengan alasan apa sekalipun
12. Cinta sejati tidak dapat dibeli dengan wang tapi pengorbanan
13. Tuhan telah memberikan anda jodoh, temukanlah cinta anda sepatutnya
14. Cinta harus direstui agama, hukum, keluarga & masyarakat
Akhir kata, janganlah menyakiti hati orang lain baik bagi lelaki ataupun perempuan kerana mereka memiliki akal , perasaan dan naluri sehingga mereka akan patah hati dan terluka jika kita mengecewakannya. Orang yang rapuh mungkin mati kerana cinta. Orang yang berdendam dapat melakukan tindakan kriminal atau perbuatan tidak menyenangkan kepada anda karena cinta. Oleh karena itu berhati-hatilah dengan cinta.

10 RAHSIA UNTUK HIDUP INDAH..

1. CINTA 
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa. 

2. RESPECT 
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it. 

3. BERSYUKUR 
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur. 

4. BAHAGIA 
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah. 

5. FORGIVENEES 
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan. 

6. BERBAGI 
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya. 

7. KEJUJURAN 
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan. 

8. KETULUSAN 
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap. 

9. KEPEKAAN 
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka 

10. KEDAMAIAN 
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal 











Yang Lebih Indah Dari Cinta.....

Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita.
Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata.
Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terserlah…
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggung jawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggung jawab dan tanggung jawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggung jawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.
Cuba bayangkan, ketika isterimu hamil, muntah-muntah, rambut kusut dan badannya tidak terjaga lagi kerana menanggung derita tempoh mengandung, ketika mulutnya mula becok mengasuh dan mengelolakan anak yang berderet selang setahun, atau ketika suamimu termenung memikirkan belanjawan rumah yang semakin meningkat atau keceriaannya semakin menurun gara-gara sibuk mengejar tugasan yang bertali arus… Bagaimana? Masih berserikah wajah sidia seperti yang kita lihat pada malam pertama?
Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Pada saat itu darah tinggi, diabetes, tahap kolesterol, obesiti dan malam-macam penyakit mula bertamu. Mungkin kita selamat, isteri pula yang menghidapnya. Bagaimana? Sanggupkah kita menjaganya dengan setia? Membawanya ke hospital memenuhi rutin rawatan, memastikan segala ubat-ubat dimakannya menepati jadual, atau lebih “ekstrem” lagi terpaksa menyuap makan-minumnya ketika dia sudah terbaring kesakitan serta menukar kain lampin kerana dia sudah tidak mampu mengurus diri?
Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggung-jawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh kita sebagai suami musim lalu bukan bererti kita menerima sebaliknya untuk memberi. Kita memikul tanggung jawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…
Pun begitu bagi si isteri… penerimaan mu sebagai pasangan hidupnya bukan ertinya untuk kau menerima tetapi untuk memberi – memberi kesetiaan, kepatuhan, pembelaan dan seluruh jiwa raga mu untuknya. Kau telah membuat satu aku janji yang paling suci dan tinggi dalam hidup mu, bukan untuk seseketika tetapi untuk selama-lamanya. Bukan hanya ketika suami mu bertubuh kekar, tetapi sehinggalah dia terlantar. Bukan hanya ketika rambutnya hitam tersisir rapi, tetapi hingga rambutnya putih dan mungkin tidak tumbuh-tumbuh lagi!

Itu baru ujian luaran. Belum lagi ujian dalaman yang berbentuk cemburu, jemu, marah, curiga dan lain-lain “virus” perhubungan. Berapa banyak hubungan yang terputus atau tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hilangnya kepercayaan.
“Aku cintakannya, tetapi aku curiga apakah dia setia dengan ku?”
“Tergodakah dia bila di belakangku?”
Itulah contoh dialog hati yang merasuk bila ada cinta tetapi kurang ada percaya. Fobia dan trauma ini sering melanda rumah tangga. Ia akan menyebabkan hilang bahagia.

Pernah anda lihat si suami yang “diganggu” panggilan telefon oleh isterinya setiap selang 15 minit sekali? Aduh rimasnya. Betulkah itu kerana cinta atau kerana curiga. Pada hal cinta itu membebaskan bukan mengawal. Jika kita benar cintakan suami atau isteri, dan cinta itu ditunjangi oleh kepercayaan, kita tidak akan mengawalnya bahkan kita akan membebaskannya. Terbanglah ke mana kau suka, insya-Allah kau akan kembali jua. Justeru hati mu… tetap di sini, di hati ku!
Ada si suami yang curi-curi memeriksa “inbox” dan “sent” telefon bimbit isteri kalau-kalau ada SMS yang mencurigakan? Ada pula isteri yang menyelongkar setiap inci kereta suami takut-takut ada “kesan-kesan” tinggalan perempuan lain. Pernah saya dengar ada suami yang memusnahkan segala resit, bil, surat-surat kecil, dan apa jua dokumen-dokumen picisan dalam poket dan beg duitnya sebelum pulang ke rumah takut “disoal siasat” oleh isterinya?

“Ini bil makan, abang makan dengan siapa?”
“Lain macam sahaja mesranya SMS ini, ada apa-apa ke ni?”
“Eh, banyak yang abang beli ni. Tetapi kenapa nampak sedikit sahaja yang dibawa pulang ke rumah?”

Itulah soalan-soalan isteri yang menyebabkan suami terkial-kial menjawabnya. Pada suami semua itu remeh temeh, tetapi tidak pada isteri yang tidak percaya, semua itu boleh dijadikan modal “perang besar”. Kalau si suami disyaki ada di tempat yang tidak sepatutnya ada atau pada waktu yang tidak sesuai, siap sedialah menghadapi hukuman jika gagal memberikan “alibi”!
Itulah gara-gara sama ada isteri tidak mempercayai suami atau suami tidak mempercayai isteri atau kedua-duanya sudah saling tidak mempercayai! Bukan kerana tidak ada cinta tetapi kerana hadirnya sebuah curiga akibat hilang rasa percaya. Sebab itu mengikut kajian, penceraian banyak berlaku bukan sahaja pada pasangan yang sudah kehilangan cinta tetapi pada pasangan yang terlalu cinta.
Tidak percayakan seseorang disebabkan dua faktor. Pertama, kita belum benar-benar mengenalinya. Kedua, kerana kita telah benar-benar mengenalinya. Jika disebabkan faktor yang pertama, jalan terbaik ialah kenalilah pasangan anda dengan lebih mendalam. Berkenalan kali pertama dahulu (seawal usia perkahwinan) adalah untuk menumbuhkan bibit-bibit cinta. Tetapi perkenalan kali kedua, ketiga dan seterusnya yakni setelah usia perkahwinan meningkat adalah untuk menyuburkan bibit-bibit percaya. Adalah salah sekali kalau kita beranggapan yang kita telah kenal pasangan kita dan terus menghentikan proses perkenalan. Sedangkan proses perkenalan dalam rumah tangga adalah “on going” (berterusan) sifatnya.
Kenal itu sangat berkait dengan rasa cinta. Dan cinta sejati dalam sebuah rumah tangga adalah dibina atas perkenalan bukan sahaja dengan kebaikan pasangan kita tetapi juga dengan keburukannya. Ya, kita sanggup menerima bukan sahaja yang indah tetapi juga yang hodoh pada wajah batin pasangan kita. Keburukannya akan kita cuba sama-sama atasi dan jika tidak, kita terima seadanya kerana kita sedar kita berkahwin dengan manusia bukan malaikat.
Kita akan terus mempercayainya walau apa pun keadaan. Kita mengingatkan bila dia terlupa dan membantunya sewaktu dia ingat. Jangan sekali-kali hilang kepercayaan. Selagi kita bertekad meneruskan perkahwinan hingga ke akhir hayat, pupuklah kepercayaan. Kepercayaan itu akan melahirkan tanggung jawab dan tanggung jawab adalah oksigen cinta. Oksigen itulah yang akan memberi stamina kepada cinta untuk terus kembara dari dunia hingga ke syurga.
Jika anda bertanya bagaimana memupuk kepercayaan? Jawabnya, kembalilah kepada kepercayaan-kepercayaan yang asas dan teras. Apa lagi jika bukan Rukun Iman? Binalah semua jenis percaya di atas enam kepercayaan itu. Jika suami dan isteri percayakan Allah, dan sama-sama berpegang kepada kehendak-Nya, maka mereka akan saling mempercayai antara satu sama lain. Percayalah kepercayaan kepada Allah itu adalah simpulan yang mengikat kepercayaan sesama manusia.

Sebab itulah kepercayaan juga disebut sebagai akidah – ertinya simpulan. Simpulan yang mempertautkan segala kebaikan. Ya, kepercayaan kita kepada Allah akan menyebabkan pasangan kita mempercayai kita.
“Ah, suami ku jauh. Tetapi aku percayakannya. Dia adalah mukmin yang teguh agama.”
“Aduh lamanya kita berpisah. Namun isteri ku, iman akan menjaga mu…”

Bila hancur sebuah cinta bererti hancurlah satu kepercayaan. Bila hancur kepercayaan bererti hancurlah iman. Wahai suami, wahai isteri… sekali lagi ku tegaskan inilah oksigen cinta. Dan bagi semua yang masih belum mengenal cinta (antara lelaki dengan wanita), burulah sesuatu yang lebih indah daripada dicintai… itulah dipercayai!
Bukankah nabi Muhammad itu lebih dahulu mendapat gelar ”Al Amin” (dipercayai) sebelum menemui srikandi cintanya Siti Khadijah?


(Karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)


Mengapa Allah Dahulukan Cinta?

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan cinta(mawaddah) dan belas kasihan(rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum:21)



Pergi ke mana sahaja forum atau ceramah yang berkisarkan dengan cinta,tidak kisahlah cinta manusia ataupun cinta monyet, penceramah pasti menggunakan ayat di atas bagi mengupas isu cinta kerana pada ayat ini Allah secara berterus-terang menyatakan manusia diciptakan untuk saling mencintai malah ayat ini menekankan bahawa perasaan cinta itu harus ada untuk dua jantina yang berbeza, lelaki dan perempuan, suami dan isteri.Maka,tidak hairanlah jika ayat ini dipilih oleh penceramah untuk menerangkan tentang cinta. Ayat yang sama saya dengari pada khutbah minggu lepas yang berkisarkan tentang perkahwinan. Khatib menjelaskan bahawa masalah atau kanser yang berlaku dalam masyarakat kita berpunca daripada institusi keluarga dan masalah dalam institusi keluarga ini bermula di saat perkahwinan lagi.

Berapa ramai yang hidup mewah tapi tidak bahagia kerana isteri dan berapa ramai yang hidup bahagia tetapi tidak mewah,juga kerana isteri. Isteri mesti memainkan peranan dalam menjaga kebahagian rumah tangga dan begitu juga suami.Dan masalah pada hari ini juga berlaku dek kerana ibu bapa menyekat anak-anak daripada berkahwin awal,atas alasan mereka belum bersedia dan tidak mampu menanggung anak orang.Jadi,mereka yang dikatakan tidak bersedia itu tanpa segan silu mencari pasangan yang juga kurang bersedia untuk melepaskan nafsu mereka. Ana terus angguk dan mengangguk,bersetuju dengan apa yang dibicarakan oleh khatib. Tiba-tiba,apabila khatib membaca ayat di atas dan menekankan perkataan mawaddah dan rahmah itu,ana tersentak dan tersedar akan satu kebesaran Allah dalam penciptaan manusia. Seperti ana selalu tulis,ayat quran tidak diturunkan secara rawak.Jika Allah sebut baik dulu baru sempurna,maka ada sebabnya. Jika Allah sebut perempuan dahulu baru lelaki,juga ada sebabnya.Allah tidak pernah mengeluarkan apa-apa fakta yang tidak mengikut susunan.Allah susun ayat Nya satu demi satu,dari setitis air mani,Allah susun kepada embrio,fetus dan manusia.Lihatlah betapa agungnya Al-Quran dan hal ini menjelaskan kepada kita bahawa bukan Muhammad yang menulis semua ini.Namun, jangan sesekali kita menafikan kebijaksanaan dan mukjizat Rasulullah.

Persoalannya di sini,mengapa Allah sebut cinta dahulu baru kasih sayang?Kenapa Mawaddah dahulu baru Rahmah? Jika ikut kepada akal yang waras,mestilah berkasih sayang dahulu barulah cinta itu lahir tapi mengapa Allah sebut cinta dahulu barulah berkasih sayang?Pelik tapi ada logiknya. Semua ini sebenarnya menepati fitrah kehidupan manusia.Kitaran hidup manusia bermula daripada bayi kepada kanak-kanak kepada remaja kepada dewasa kepada orang tua.Dan kebiasaan manusia berkahwin pada umur 15(baligh)-40(sebelum monopause) iaitu ketika kitaran remaja dan dewasa.Memang ada kanak-kanak yang kahwin seperti Saidatina Aishah dan memang benar ada juga orang tua yang kahwin tetapi bilangan golongan sebegini tersangatlah sedikit.Maka,boleh diabaikan.


Kenapa manusia berkahwin waktu remaja dan dewasa? Kerana waktu itulah perasaan cinta sesama manusia tersangatlah kuat. Kenapa anda bercinta? Sebab matanya yang cantik macam Heliza. Sebab suaranya merdu macam Siti Nurhaliza. Sebab wajahnya lawa seperti Lisa Surihani. Sebab kebijaksanaannya seperti Sofea Yusof. Sebab perangainya baik seperti Aisha dalam Ayat-Ayat Cinta. Jadi,bilakah semua sebab-sebab ini tertonjol dalam kitaran hidup manusia? Waktu kanak-kanak mereka? Waktu tua mereka? TIDAK,tetapi dalam waktu remaja dan dewasa.

Sebab Allah sebut cinta dahulu kerana Allah menyuruh kita betul-betul bercinta dengan pasangan kita pada waktu remaja dan dewasa supaya lahirnya perasan kasih dan sayang di dalam diri masing-masing kerana ketika waktu tua,semua sebab-sebab kita mencintainya sudahpun hilang,pudar dek usia yang memakannya. Dia yang mukanya lawa sudahpun berkedut… Dia yang suaranya merdu sudahpun sumbang… Dia yang perangainya baik sudahpun terlantar tidak mampu berkata apa-apa lagi.. Waktu inilah hasil cinta di waktu remaja dan dewasa tadi perlu digunakan.Jika tiada cinta,perasaan kasih dan sayang sukar diwujudkan.

Benar,perasaan kasih mungkin ada,kasihan melihat dia yang tiada tempat pergantungan, kasihan melihat dia yang terbaring tidak bergerak,kasihan melihat dia yang terberak di dalam seluar tetapi sejauh mana kasihan ini akan pergi jika tiada sayang? Mulut hanya mampu berkata kasihan tetapi tiada sebarang tindakan akan diambil kerana tiada sayang. Kenapa tiada sayang? Kerana tiada cinta.
“Allahuakbar,Allahuakbar…”Bilal melaungkan iqamah,menyedarkan ana dari lamunan panjang.


Adakah cinta memerlukan sebab?

Adakah Cinta  Memerlukan Sebab?? ::
Dalam  satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka  berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.  Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog  mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa  abang cintakan saya?

 Suami : Abang tidak boleh  menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai  Sayang!
 Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?  Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak  boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu  sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan  Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya  hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu  menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang  tidak boleh terangkan sebabnya



Si suami menarik nafas  panjang dan dia berkata
 “Baiklah! Abang mencintai Sayang  sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang  dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang  bersama

  Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati  dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang  beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si  suami amat bersedih dan menulis sepucuk suratkepada isterinya yang disayangi. Suratitu  diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. 


Surat tersebut berbunyi  begini :
 “Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai  mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu  aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang  dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah   engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh  mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu…  sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku  tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku  mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau

melangkah?  Tidak!  Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta  memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai  sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?  Tidak! Aku masih mencintai mu dulu,
kini, selamanya dan  cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,  dipegang. Namun begitu…ia  boleh dirasai dalam  hati….




Thursday, March 24, 2011

WANITA ..AKALNYA SENIPIS RAMBUTNYA..copy kawan punyer...

jangankan lelaki biasa nabi pun sunyi tanpa wanita,
tanpa mereka pikiran lelaki akan resah ,masih mencari
walau ada segalanya ,apa yang tiada di dalam syurga?
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
untuk diluruskan oleh lelaki,tetapi lelaki itu sendiri tidak 
lurus mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan
kayu yang lurus,luruskan wanita dengan jalan Allah
yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t kerna mereka dicipta
sebegitu rupa oleh Allah,didiklah mereka dengan panduan
darinya,jangan cuba menjinatkan mereka dengan harta
natijahnya mereka kan semakin liar,jangan hiburkan mereka
dengan kecantikan akibatnya nanti akan semakin menderita
kenalkan mereka dengan ALLAH,zat yang kekal akal senipis
rambutnya lebatkan ia dengan ilmu,hati separuh kaca
utuhkan ia dengan iman,perasaan selembut sutera,hiasilah
ia dengan akhlak suburkanla semuanya kerna dari situlah nanti
mereka kan lihat nilaian dan keadilan Tuhan..biskkan ke telinga
mereka bahawa..ia bukan satu diskrimisi tuhn,wanita yang lupa
hakikt kejadiannya,pasti tidak akan terhibur,bahkan mereka 
semakin bengkok,itulah penyebab wanita yang tidak kenal kan 
tuhannya,bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akn 
huru hara,lelaki..jangan harapkan semata-mata tetapi binalah 
kepimpinan diri,pastikan ia terselah sebelum memimpin wanita
menuju illahi ,pimpinlah diri kepadanya,jinakkan diri kepada ALLAH
nescaya Allah akan menjinakkan segala-galanya dibawah pimpinanmu..
usah mengharap isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRH...seandainya
kamu tidak sehebat SAIDINA ALI KAMARULLAHUWAJAH....

SEJAUH MANA KATA-KATA.....

sejauh mana ikhlasnya hati,
ketika lembut senyum diberi,
apakh ada tujuan,sebalik
senyuman ini,sejujur manakh
kau kata-kata,ketika kita
berdua berbicara,bolehkah
aku percaya.ini bukan satu
sandiwara cinta,kerana sering
pengucapan zahir dan batin 
tidak seiring,ada rasa ada
jiwa,duka dan terluka,membuatku
hilang rasa percaya,tapi ku cuba
percaya,pengalaman telah 
mendewasakan diriku mahupun
dirimu kerana manusia punya
kenangan tersendiri,mematangkan
pikiran,pahit getir yang pernah aku
lalui,turutku sejati,bukan dirimu ku
curigai,aku sekadar berhati-hati
kerana ku tidak tahu apa tersirat
dihatimu,kerana jodoh ditangan
tuhan,cuba dirimu jadi yang
terbaik maka dirimu akan mendapat
yang lebih baik drpd ku..semoga
kejayaan dan kebahagiaan sentiasa
seiring dengan hidupmu begitu jua 
dengan hidupku,ku sendiri tak tahu
sejauh mana kah kau wahai kata2
kerana dunia banyak dugaan maka
waspadala ...ku sendiri kadg2
keliru dengan keputusan ku sendiri
dengan sikapku yang banyak membuat
dirimu kecewa,bukan tak mahu mengerti
tapi cube untuk mngerti,maafkan ku
bila hasratku keliru....tapi ku tetap
akan menyayangimu..

Zikir...

same-same kite amalkan ye..try hye..


Zikir menurut pengertian bahasa adalah INGAT.

Pengertian zikir menurut istilah bererti menyebut nama Allah dgn membacaTASBIH, TAHLIL, TAHMID atau membaca lafaz2 yg lain. 

Pengertian zikir menurut pengertian secara khusus pula ialah ucapan-ucapan yg dilakukan dengan lidah atau mengingati Tuhan dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yg mensucikan Tuhan dan membersihkanNya dari sifat2 yang tidak layak untuk Nya, selanjutnya dgn puji2an dan sanjungan dgn sifat2 yg sempurna, sifat2 yg menunjukkan kebesaran dan kemurnian.

Yang dimaksudkan dgn zikir itu ada 
tiga peringkat iaitu :

1. Zikir dgn lidah
- iaitu menyebut nama Allah secara lisan, atau mengucapkan kalimah2 yg berfaedah, dan perbuatan mengucapkannya akan mendapat pahala; spt berdoa, membaca Al-Quran atau membaca ilmu2 agama.
2. Zikir hati
- selalu mengingat Allah dlm hati serta merenungkan akan keagunganNya dgn cara memerhatikan kejadian2 alam persekitaran kemudian menghubungkannya dgn kebesaran Allah, berfikir ttg kesejahteraan umat, megingati mati serta bekal yg akan dibawa ketika menghadap Allah di hari akhirat nanti, perkara yg demikian ini juga termasuk zikir hati.
3. Zikir anggota badan
- ialah menggerakkan semua anggota badan utk mengerjakan pekerjaan2 yg diredhai Allah, spt melangkahkan kaki pergi kemajlis2 ilmu, pergi ke masjid, membantu org yg dalam kesusahan dan lain2.

Adapun antara lafaz2 zikir itu antara lain;

a. Tahlil
- Pengakuan bahawa Allah tidak berhajat kpd selain diriNya, Maha suci dari kekurangan, sedangkan yg selain Allah berhajat kepadaNya.
Lafaz tahlil ini ialah : 
Laa ila haillallahErtinya : "Tidak ada Tuhan selain Allah."

Tahlil ini merupakan zikir yg paling utama, keutamaannya bukan sahaja utk umat Nabi Muhammad SAW akan tetapi sbg ucapan yg utama bagi Nabi2 sebelum Nabi Muhammad SAW.

Abu Hurairah berkata, bhw Rasulullah SA pernah bersabda yg maksudnya :
Barangsiapa membaca kalimah :
"Laa ila haillallahu wahdahu laasyarikalah lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahua 'ala kullisyai inkqadir"
seratus kali dalam sehari, maka ia akan memperoleh pahala seperti memerdekakan hamba sahaya sepuluh org dan dicatat utknya seratus kebajikan serta dihapuskan seratus kesalahan. (Hadis Riwayat Muslim)
 
b. Tasbih
- ialah pengakuan akan kesucian Allah dari segala yg tidak memungkinkan bagiNya dan pengakuan akan kesucian dr segala sifat kekurangan serta pengakuan akan kesempurnaanNya.
Lafaz tasbih itu ialah : 
Subhanallah 
Ertinya : 
"Maha suci Allah"

Lafaz tasbih ini biasanya digunakan oleh seseorg ketika ia melihat sesuatu yg sifat kejadiannya mengkagumkan spt keindahan, kecantikan dan sebagainya.

Abu Hurairah berkata, bhw Rasulullah SAW pernah bersabda yg maksudnya :
Barangsiapa membaca tasbih :
"Subhanallahu wabihamdih"
Sebanyak seratus kali dalam sehari, nescaya akan dihapus segala kesalahan walaupun sebanyak buih di lautan. (HR Muslim)

c. Tahmid
- ialah lafaz utk menyatakan puji dan syukur kpd Allah atas nikmat yg dikurniakanNya. Tahmid juga merupakan pernyataan bhw segala nikmat datangnya dari Allah dan hanya Dia yg layak mendapat pujian.

Lafaz tahmid itu ialah : 
Alhamdulillah
Ertinya : 
"Segala puji bagi Allah"

Kerana nikmat yg Allah berikan kepada kita tidak terkira banyaknya, maka selaku hamba hendaklah sentiasa mengucapkan 
"Alhamdulillah", sbg lafaz utk menyatakan syukur kepadaNya. Antara contoh2 nikmat Allah yg tidak terkira itu; mata dapat melihat, hidung dapat menghidu, otak dapat berfikir, bahkan setiap hembusan nafas kita adalah nikmat, dan masih banyak lagi nikmat2 yg lain, namun di antara nikmat2 yg ada itu, nikmat yg paling besar itu adalah nikmat keimanan.


d. Takbir
- merupakan pengakuan atas keagungan dan kebesaran Allah yg telah menciptakan seluruh alam. Semua pangkat dan kedudukan manusia adalah terlalu kecil di hadapanNya.
Lafaz takbir ialah : 
Allahu akbar
Ertinya : 
"Allah Maha Besar"

Perintah takbir ini terdapat dalam firman Allah SWT yg bermaksud : 
"Dan bertakbirlah kamu (membesarkan Alalh) dengan sebesar-besarnya." (Al-Isra' : 111)

Sebenarnya lafaz tahlil, tasbih, tahmid dan takbir itu boleh dibaca secara sekaligus, keempat lafaz ini sangat dianjurkan supaya dibaca selepas solat, bacaannya iaitu :
"Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaa haillallahu wallahuakbar"
Zikir seumpama inilah zikir yg paling disukai Allah, melebihi segala yg ada di muka bumi ini. 

e. Istighfar
- merupakan pernyataan seorg hamba utk memohon ampun kpd Allah atas segala dosa yg dilakukan.
Lafaz istighfar tersebut ialah : 
Astaghfirullah hal 'azim
Ertinya : 
"Aku memohon ampun kpd Allah yg Maha Agung."

Sesungguhnya tidak ada seorg manusia pun yg terlepas dari dosa dalam perjalanan kehidupannya sehari-hari, walaupun demikian, Allah masih memberikan kesempatan kepada hamba2Nya utk bertaubat. Di antara cara2 yg harus dilakukan oleh seseorg dalam bertaubat, di samping meninggalkan segala perbuatan buruknya selama ini yg ia lakukan, serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi adalah dengan selalu membaca istighfar... 
Astaghfirullah hal 'azim...