CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 25, 2011

Adakah cinta memerlukan sebab?

Adakah Cinta  Memerlukan Sebab?? ::
Dalam  satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka  berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.  Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog  mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa  abang cintakan saya?

 Suami : Abang tidak boleh  menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai  Sayang!
 Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya?  Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak  boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu  sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan  Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya  hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu  menerangkan mengapa mereka mencintai.Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang  tidak boleh terangkan sebabnya



Si suami menarik nafas  panjang dan dia berkata
 “Baiklah! Abang mencintai Sayang  sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang  dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang  bersama

  Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati  dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang  beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si  suami amat bersedih dan menulis sepucuk suratkepada isterinya yang disayangi. Suratitu  diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. 


Surat tersebut berbunyi  begini :
 “Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai  mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu  aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang  dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah   engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh  mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu…  sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku  tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku  mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau

melangkah?  Tidak!  Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta  memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai  sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?  Tidak! Aku masih mencintai mu dulu,
kini, selamanya dan  cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,  dipegang. Namun begitu…ia  boleh dirasai dalam  hati….




No comments:

Post a Comment