Aku tahu... bahawa dunia ini fana, tapi aku mengejarnya
Aku tahu bahawa menuju akhirat adalah perjalanan yang panjang, tapi aku tidak mempersiapkan bekalan
Aku tahu bahawa neraka itu benar-benar ada, tapi aku tak berusaha menjauhinya
Aku tahu bahawa syurga itu mahal harganya, tapi aku beramal beriya-iya sahaja
Aku tahu bahawa azab ALLAH itu pedih, tapi aku masih berbuat dosa
Aku tahu bahawa Allah Maha Mengabulkan doa, tapi aku meminta kepada manusia
Aku tahu bahawa Allah Maha Adil, tapi aku membalas kezaliman manusia
Aku tahu bahawa harta itu mampu membuat hisabku di akhirat menjadi lama, tapi aku mnegumpulkannya
Aku tahu bahawa waktu adalah nafas yang tiada kembali, tapi aku berbuat sia-sia
Aku tahu bahawa Al-Quran itu kelak mampu menjadi hujah bagiku ( membelaku ) dan mampu menjadi hujah atasku ( mendebatku ) tapi aku tidak cemas akan hal itu
Aku tahu bahawa doa orang yang terzalimi itu tanpa hijab dengan Allah, tapi aku suka menyakiti saudaraku
Aku tahu bahawa kenikmatan dunia mampu jadi istiraj, tapi aku tidak khuatir tentangnya
Aku tahu bahawa penyakit itu menghapus dosa-dosa, tapi aku membencinya
Aku tahu bahawa cubaan itu meningkatkan iman, tapi aku mengeluh tentangnya
Aku tahu bahawa isteri/suami adalah manusia, tapi aku menuntutnya sempurna
Aku tahu bahawa syaitan itu musuh yang ingin mengajakku ke neraka, tapi aku menurut akan bisikannya
Aku tahu bahawa ajal datang tiba-tiba, tapi aku selalu menunda persiapanku

Aku tahu... Tapi aku tak tahu...
Aku tahu... Tapi aku tak tahu diri…
No comments:
Post a Comment