Apapun yang menimpa diri kita, Insya Allah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.
Memahami situasi, terasa betapa kehidupan ini dirasakan sangat susah. Bencana banjir, tanah tergelincir, angin badai, dan maraknya kejahatan menjadi warna dominan dalam pemberitaan di media cetak ataupun elektronik. Kalau musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk menghadapinya ? Paling tidak ada tujuh cara untuk menyelesaikan pelbagai ujian kehidupan. Iaitu :
Pertama, yakini bahawa cubaan itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan.
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda, " Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia diberi-Nya cubaan." ? (H.R.Bukhari)
Kedua, yakini bahawa makin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan catatan, kita mampu menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta'ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mencubanya. Barang siapa yang rela menerimanya, mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat murka Allah" (H.R.Tirmidzi)
Ketiga, yakini bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: "Seorang muslim yang tertimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, walau hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
Keempat, selalu berfikir positif bahawa apapun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya."(H.R.Muslim)
Kelima, yakini bahawa setelah dalam kesulitan ada kemudahan. Fakta menunjukkan, sering kali idea-idea briliant justeru lahir atau muncul ketika kita berada dalam klimak kesusahan. Contoh sederhana, banyak mahasiswa mampu mengarang pada waktu menghadapi soalan-soalan ujian bukan ? Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan." (Alam Nasyrah 94: 5- 6)
Keenam, selalu optimis bahawa kita mampu menyelesaikan setiap ujian yang Allah SWT berikan, kerana Allah SWT tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis mampu melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis mampu menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Al-Baqarah 2 : 286)
Ketujuh, hadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerahkan segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan bingkai usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmu hendaknya kamu berharap" (Alam Nasyarh 94 : 7 - 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu." (Al-Mu'min 40: 60)
Itulah tujuh cara untuk menghadapi pelbagai ujian. Apapun yang menimpa diri kita, Insya Allah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimis, ikhtiar yang maksimum dan dibingkaikan dengan doa.

Ketika menghadapi ujian hidup
" Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada di klimak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT "
No comments:
Post a Comment